Sunday 20 March 2011

Sejarah Penubuhan

Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu terletak di pekan Serdang yang kini menjadi ibu Pejabat Daerah Bandar Baharu.pejabat yang lama teletak di pekan Bandar Baharu dan apabila ianya ditukarkan ke Serdang kerana pekan ini terletak di tengah-tengah daerah ini yang mudah dikunjungi oleh seluruh penduduk yang ingin berurusan yang juga merupakan sebuah pekan yang pesat membangun.Pejabat Agama Daerah ini yang mula didirikan di sekitar tahun 1991 siap dibina awal 1993 dan bertukar dari pejabat lama keisini pada 31 Mac 1993.

Dengan bilangan penduduk yang hampir 34,579 orang dan penduduk yang beragama Islam pula hampir 24,181 orang.pejabat ini mampu memberikan sebaik-baiknya kepada mereka yang ingin berurusan.walaupun ianya agak sederhana jika dibandingkan dengan bentuk pejabat-pejabat Agama yang lain seperti di Kulim dan di sik tetapi dengan kelengkapan perabutnya yang agak baik dan kawasanya yang luas untuk meletak kenderaan dan tempat menunggu yang selesa pejabat ini sememangya memberi keselesaan kepada pengunjungnya.

Semenjak pejabat ini mula dibina,seramai 8 orang pegawai agama daerah yang telah ditukarkan ke sini iaitu Tuan Syeikh Zakaria Mustafa,Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi bin Ismail,Tuan Syeikh Ahmad Fiasol bin Haji Omar,Tuan Syeikh Suhaimi bin Haji Salleh,Tuan Syeikh Hazizan bin Md Desa,Tuan Syeikh Haizan bin Hamzah, Tuan Syeikh Radzi bin Abdul Mutalib dan sekarang Tuan Syeikh Alwi bin Hj Othman.Walaupun Bandar Baharu adalah antara daerah yang kecil di negeri ini, tetapi ianya mampu menggerakkan umat Islam kearah kemajuan rohani dan jasmani selaras dengan konsep yang digariskan oleh kerajaan dan pula dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai yang seramai 10 orang disini,Agama Islam akan terus digerakkan dengan program-program yang disusun atur untuk kemajuan mereka bersama semoga Pejabat Agama Bandar Baharu akan terus menerajui zaman dengan berjaya.
[Arkib PADBB]

1 comment:

  1. Haslinda binti abdul wahab.. Mntk pej agama pantau kerana status prceraiannya... Tidak lengkp.. Krana mnikah di thai.. Sering brtukar pasangan ats tujuan seks.. N kerapm enyewa hotel kaw nibong tebal n sekitar bndr bru.. No rumah tdk pasti menetap tmn chaya nilam... Brusia 46 thun.. Sy mntk pjbt agama rlg chek sttusnya .

    ReplyDelete